Monday, January 24, 2011

|| Alhamdulillah, Kurniaan Terindah ||

Assalamualaikum dan bismillah...

Salah satu pemberian Allah yang paling menggembirakan sepasang suami dan isteri, tidak lain dan tidak bukan adalah mendapat cahaya mata mereka sendiri. Lebih menggembirakan lagi kalau mendapat anak yang pertama.

Alhamdulillah, pada 14 Januari 2011 bersamaan dengan 9 Safar 1432 H dalam linkungan pukul 11.00 malam telah lahirnya cahaya mata yang pertama bagi pasangan Akhi Lizal Iswady bin Ahmad Ghazali dan zaujahnya di Hospital Kajang. Kami ikhwah DK mengucapkan tahniah dan mendoakan akhi sekeluarga agar terbinanya sebuah keluarga yang soleh wa solehah. Amiin.

Lahirnya anak perempuan yang diberi nama Nur Fatihah. ^_^

Berikut merupakan gambar hasil dari ziarah kami ke Hospital Kajang:

Nur Fatihah

Saya dan Akhi Wadi

Kasih sayang seorang ibu

Kasih sayang seorang ayah

TAHNIAH !!

Wallahua'lam....


Muhammad Rahimi bin Abdul Rahim
Mechanical Engineering

Saturday, January 15, 2011

GOTONG-ROYONG DK ^__^

I think it was around 2/1/11 hari ahad ikhwah DK ada wat gotong royong first utk clear up semua semak samun di belakang rumah. Asalnya nak panggil banggla je potong tapi pikir2 balik banyak gak duit kene keluar kalau nak maintain rumah tuh monthly so alang2 kitorang beli terus mesin pemotong rumput tuh. Beli tuh satu hal nak guna lak satu hal yang lain haha. Nasib baek cik Remi atleast tau camner nak isi minyak mesin tuh. hoho. So kitorang ada bahagi2 keje ada yang mencantas pekok, memesen rumput, menyabit rumput dan mencuci longkang. Dalam bergotong-royong tuh dapat gak berkenalan ngan jiran sebelah. Our neighbour belah kanan abg Zali tolong ajar kitorang cara betul utk memotong rumput. "Bukannya leh taram je potong kene ada skill baru potong cantek", katanya. [rasa dah lama die perhati kitorang potong rumput, last2 mai ajar kitorang coz geram tengok haha]. N dapat gak berkenalan jiran depan Pak cik Man time meminjam gunting besar untuk cantas pokok2 [panggil gunting ke?? hmm.. sah tak pernah buat gardening]... penat2 layan ice cream n wrap up ngan memasak mee goreng [first time ana masak hihi]... nasib baek sedap main taram je masak.. so here are few pics on that day ^__^





starting up the motor hoho


yeah kasi potong semua



minyak mesin dah habis buat cara old scool jelah hihi


penat mualim?? hihi

cantas jgn tak cantas


usaha man =)


layan ice cream sepukol


thats a wrap for today

hmm.. persoalan siapa nak dispose sampah yang dilonggok tuh..??? tak wat sampai sekarang adoi!!


sincerely,

Luqy-San

Thursday, January 13, 2011

|| Di Sini Bermulanya Sebuah Perubahan ||

Assalamualaikum...

Bismillah (ikhlaskan niat)...


Lama agaknya blog DK ini tidak di 'updated'. Mungkin ikhwah-ikhwah dekat DK semunya sibuk dengan urusan masing-masing sehingga terlepas pandang perihal blog ini. Namun begitu, alhamdulillah ana dapat meluangkan sedikit masa untuk menulis satu 'post' memperkenalkan kepada para pembaca sekalian orang-orang baru juga tempat rumah kami yang baru.

LOKASI DARUL KHAIR (DK)


Lokasi ke DK

Ana harap kalian semua dapat lihat peta ke rumah kami ini. Jadi, bagi sesiapa yang ingin datang dialu-alukan sangat. Berikut merupakan alamat rumah DK:

"No.5, Jalan Mekar Sari, Desa Mekar, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan"

Pemilik rumah ini kepunyaan Akhi Reza Hadzrun. Kami semua yang tinggal dekat DK sebanyak lima orang. Suasana di Desa Mekar amat berbeza dengan suasana di Bandar Baru Bangi (DK lama) disebabkan faktor persekitarannya. Tempat DK baru lebih kepada suasana kampung dan lebih tenang serta nyaman daripada suasana di bandar. Kami dapat merasai seakan-akan berada di kampung halaman disebabkan suasana kampungnya.

Alhamdulillah, tempat baru kami ini selesa kerana dekat dengan tempat universiti belajar kami dan senang untuk melakukan aktiviti da'wah. Penduduk di sana juga mesra dengan kami dan menyambut kehadiran kami dalam komuniti mereka dengan baik.

IKHWAH DK

Asrol (UKM)

Ali (UKM)

Ikram (UNITEN)

Luqman Hakim (UNITEN)

Rahimi (UNITEN)

Gambar-gambar di atas tadi merupakan ikhwah-ikhwah yang tinggal di DK baru ini. Semoga ukhuwwah di antara kami terbina dengan lebih mantapnya semakin masa berlalu. Juga terbinanya iman dan taqwa yang kukuh.

Sedikit info mengenai kami.


Wallhua'lam...


Muhammad Rahimi bin Abdul Rahim
Mekanikal Engineering UNITEN