Mengenai Kami

Assalamualaikum...

Bismillah (ikhlaskan niat)...


Lama agaknya blog DK ini tidak di 'updated'. Mungkin ikhwah-ikhwah dekat DK semunya sibuk dengan urusan masing-masing sehingga terlepas pandang perihal blog ini. Namun begitu, alhamdulillah ana dapat meluangkan sedikit masa untuk menulis satu 'post' memperkenalkan kepada para pembaca sekalian orang-orang baru juga tempat rumah kami yang baru.


LOKASI DARUL KHAIR (DK)


Lokasi ke DK

Ana harap kalian semua dapat lihat peta ke rumah kami ini. Jadi, bagi sesiapa yang ingin datang dialu-alukan sangat. Berikut merupakan alamat rumah DK:

"No.5, Jalan Mekar Sari, Desa Mekar, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan"

Pemilik rumah ini kepunyaan Akhi Reza Hadzrun. Kami semua yang tinggal dekat DK sebanyak lima orang. Suasana di Desa Mekar amat berbeza dengan suasana di Bandar Baru Bangi (DK lama) disebabkan faktor persekitarannya. Tempat DK baru lebih kepada suasana kampung dan lebih tenang serta nyaman daripada suasana di bandar. Kami dapat merasai seakan-akan berada di kampung halaman disebabkan suasana kampungnya.

Alhamdulillah, tempat baru kami ini selesa kerana dekat dengan tempat universiti belajar kami dan senang untuk melakukan aktiviti da'wah. Penduduk di sana juga mesra dengan kami dan menyambut kehadiran kami dalam komuniti mereka dengan baik.

IKHWAH DK

Asrol (UKM)

Ali (UKM)

Ikram (UNITEN)

Luqman Hakim (UNITEN)

Rahimi (UNITEN)

Gambar-gambar di atas tadi merupakan ikhwah-ikhwah yang tinggal di DK baru ini. Semoga ukhuwwah di antara kami terbina dengan lebih mantapnya semakin masa berlalu. Juga terbinanya iman dan taqwa yang kukuh.

Sedikit info mengenai kami.


Wallhua'lam...